DOA UNTUK MAKBUL HAJAT

SEORANG SAHABAT BERTANYA: "YA RASULALLAH, AJARKANLAH SAYA SESUATU AGAR ALLAH MEMAKBULKAN HAJAT SAYA."LALU BAGINDA RASULALLAH S.A.W. BERSABDA: "BACALAH DOA INI SEBANYAK 7 KALI DAN MINTALAH HAJATMU."



Wednesday, October 12, 2011

Roti Jala Ceria..



Sekarang ni bukan saje pakaian ada trend warna ikut musim..roti jala pon tak terkecuali..kami sedia terima tempahan untuk roti jala bersesuaian dengan citarasa anda..insyaallah 





 Roti jala dengan warna-warna pilihan mengikut tema majlis anda....
 Boleh juga dipelbagaikan mengikut citarasa..gambar adalah sausage yang disaluti oleh roti jala..boleh disesuaikan ikut citarasa..
 Warna-warna menarik pasti memikat selera makan tetamu yang hadir..
Roti jala & kari.. siap untuk dinikmati


Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut..

Thursday, September 15, 2011

DOA MAKBUL HAJAT





Assalamualaikum w.b.t.

"Bersama Menjana Ekonomi Ummah"


Selepas BERIKHTIAR dan MENCEBURI segala bidang, realisasikan impian anda dengan amalan Doa Makbul Hajat..kerana apa jua perkerjaan yang kita lakukan jika tanpa izin dari ALLAH s.w.t. maka ianya takkan terjadi, dari itu jadikan amalan seharian, bacakan sebanyak 7 kali disertai dengan hajat..

Semoga dengan mengamalkannya secara istiqamah, Insyaallah kejayaan pasti bersama anda.

Bagi mendapatkan POSTER bersaiz A4 perkongsian amalan tersebut, infaqkan Rm 5.00 (termasuk kos penyelengaraan / penghantaran ) ke Akaun Maybank 162478207899 (HERNITA MOHD JASNI) dan seterusnya sms nama dan alamat lengkap anda untuk proses penghantaran ke 019 - 2079682 dan boleh juga infaqkan secara tunai Rm3.00 jika terus berurusan dengan ana

Wassallam

Perkhidmatan Pendawaian Elektrik











Assalamualaikum,


Kami ada menyediakan perkhidmatan pendawaian elektrik seperti pemasangan lampu & kipas serta penambahan plug & insyaallah dapat menyelesaikan pelbagai masalah pendawaian elektrik yang lain.


Sila hubungi/sms/email kami jika terdapat sebarang pertanyaan.

Wednesday, September 14, 2011

Kompang Sinar 13

Kami sedia menerima tempahan untuk bermain kompang bagi sebarang majlis keramaian ataupun majlis perasmian.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi kami melalui panggilan telefon/sms/email.

Sunday, September 11, 2011

Mee Kuning keluaran Muslim




  Selaku umat islam kita dituntut untuk mencari yang halal seperti sabda Nabi S.A.W: "Menuntut/Mencari yang halal itu satu kefardhuan selepas fardhu-fardhu yang lain".

Kami ada mengedarkan mee kuning 100% keluaran muslim yang halal & suci untuk kegunaan orang2 Islam tanpa perlu ragu2 akan tahap kebersihan & halal nya..

Sila hubungi kami untuk keterangan harga..

Muruku & Rempeyek keluaran bumiputra..





Assalamualaikum,


Saya juga ada menjual muruku & rempeyek (dhall & kacang tanah) keluaran bumiputra (homemade). Insyaallah sedap & rangup, rasa sekali nak lagi. Alhamdulillah jualan amat menggalakkan setakat ini lebih-lebih lagi pada musim-musim perayaan & kenduri-kendara.


Harga ialah RM10 sepeket seperti dalam gambar diatas bagi muruku & RM12 sepeket bagi rempeyek. Bagi pelanggan disekitar lembah klang, insyaallah penghantaran percuma disediakan bagi pembelian 20peket keatas.


Kepada yang berminat, sila hubungi saya.

Tuesday, September 6, 2011

Popia Nestum

Popia Nestum


Popia mini yang disaluti serbuk nestum yang lemak-lemak manis..anak2 anda pasti menyukainya..ibu & ayah pon x kurang yang meminati rasanya yang sedap. Jika berminat untuk mencuba, sila hubungi kami untuk pertanyaan harga & tempahan. Bukan hanya untuk musim perayaan..bila2 masa saja, akan kami penuhi hajat anda, insyaallah..

Tuesday, August 30, 2011

Home-made pizza

Assalamualaikum,

Sesekali makan pizza home-made ni sedap jugak..boleh letak apa-apa yang dihajati mengikut citarasa sebagai inti. Kami sedia terima tempahan pizza mengikut citarasa pelanggan untuk sebarang majlis. Harga adalah mengikut bahan-bahan yang diperlukan sebagai inti pizza.

                                                                                           

                                          Pizza mini/single sebelum dibakar


                                          Pizza saiz besar sebelum dibakar

                        Pizza selepas dibakar & dipotong mengikut citarasa
                                                 

                                    Pizza mini selepas dibakar


Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Insyaallah kami akan penuhi hajat anda..

Nasi Lemak Bungkus



Assalamualaikum,

Kami sedia menerima tempahan nasi lemak biasa siap bungkus untuk sebarang majlis.


Tempahan minimum adalah sebanyak 50 bungkus. Harga boleh dirunding bergantung kepada saiz bungkusan nasi seperti permintaan pelanggan.

Sunday, November 14, 2010

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA

...Masyaallah..Nauzubillah min zalik...


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.




Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-




" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."




Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..




Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.


ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.


AMIN YARABBALALAMIN