DOA UNTUK MAKBUL HAJAT

SEORANG SAHABAT BERTANYA: "YA RASULALLAH, AJARKANLAH SAYA SESUATU AGAR ALLAH MEMAKBULKAN HAJAT SAYA."LALU BAGINDA RASULALLAH S.A.W. BERSABDA: "BACALAH DOA INI SEBANYAK 7 KALI DAN MINTALAH HAJATMU."



Sunday, October 10, 2010

TAKUT KEPADA ALLAH

Orang orang islam dahulu begitu takut brsentuhan kulit dengan perempuan yang bukan muhrim,kerana nilai nilai Islam pada masa itu masih dipegang kuat.Bila ada seorang anggota masyarakat ingin melakukan perkara sumbang,maka orang lain akan bertindak mencegahnya,manakala undang undang Islam dikuatkuasakan untuk mencegah sebarang bentuk jenayah..Lihatlah sebuah kisah berikut yang menunjukkan keindahan masyarakat Islam dimasa lampau...


Dalam suatu rombongan (kafilah) ada seorang lelaki telah terpikat pada seorang perempuan jelita.Setelah hari jauh malam,dia mula menghampiri perempuan itu untuk mengodanya.Perempuan itu pun berkata: Lihatlah, adakah orang orang telah tidur semuanya?


Gembiralah lelaki itu kerana menyangka harapannya akan dipenuhi.Setelah mengelilingi rombongan kafilah tersebut,didapatinya semua orang telah tidur.Dia pun berkata kepada perempuan itu, Betul, semua orang sudah tidur.


Perempuan itu bertanya,Bagaimana pendapatmu mengenai ALLAH swt.Tidurkah Allah saat ini?
Lelaki itu tersentak.lalu menjawab,Sesungguhnya Allah swt tidak tidur dan tidak pernah tidur.Allah akan melihat kita,walaupun manusia tidak melihat.


Lelaki itu sedar dan terus meninggalkan niat jahatnya lantaran takut kepada Allah swt.Dia bertaubat dan kembali kerumahnya.


Setelah dia meninggal,ada orang yang bermimpi berjumpa dengannya,lalu bertanya,Bagaimana keadaanmu?Dijawabnya Allah swt telah mengampuni aku sebab takutku kepadanya dan meninggalkan perbuatan dosa itu.

No comments:

Post a Comment